Turut kelihatan pengemis (si baju putih tu)
1st stop, kami ke tempat ayam golek ni. Stall ni terletak di tepi sekali. Harga ikut ketembunan ayam tu sendiri.
Bukan hanya ayam golek saja, tapi ayam percik pun ada jugak
2nd stop kat LAKSA BUYUNG. sedap! Cukup rasa yang penting isi ikan banyak! kalau u ols nak otak udang, suh je makcik tu letakkan. beli 1 je, sebab I tak suka sangat laksa ni. tapi bila dah rasa, atoooyaiiii rugi plak kalau tak beli tadi.. huhu
Kami ke gerai sup ni plak. inilah dia my FAV kalau datang sini. kira, dah masuk kategori wajib lah! (ngee)
Ada pelbagai jenis sup dijual. Yang jadi pilihan kami, semestinya OXTAIL SOUP!
tapi...........
Taim kami pegi ni, OXTAIL tak siap lagik! (huwaaaaaaaaaa)
Jadi kami beli sup daging jew... nak tengok periuk sup dia? Va Va Va
Ni dia periuknya. besor!
Sebagai pencuci mulut, kami beli tepung talam. Ada 3 jenis tepung talam.
Tepung talam hijau. merah dengan koko.
Tak rugi beli sampai 10, sebab memang sedap! yang penting, LICIN.... =)
Ini hasil buatan my MOMMA. pengat pisang (atas permintaan my hubby)
Inilah dia juadah berbuka puasa pada hari tu. I berbuka dengan whole family.
(tu yang penuh meja tu!) ngeee
|
No comments:
Post a Comment